|
.: My Lost WorLd :.
Friday, October 24, 2008
Another 26 days to go.... kepala makcik dah pening nak pikir hadiah apa nak beli sempena 3rd anniversary nih.
"Abang...abang, apa yg abang nak taun nih ek. tapi jangan lah benda yg harganya tak tercapai akalku ye bang"
Posted at 08:05 am by trex07
Permalink
Tuesday, October 21, 2008
Dear Adib,
Mama harap sekarang ni Adib dapat tido lena. Mama mmg terkejut lepas received call dari Wan pukul 3 pg tadi, bagitau Adib demam lagik. Kalau mama ada sayap, mmg time2 tu jugak mama terbang balik kampung. Kesian anak mama.....
Adib sayang,
Mama mintak maaf byk-byk sebab tak dpt jaga Adib especially masa Adib tak sihat. Bukan mama tak nak jaga, bukan mama tak nak bawak Adib tinggal dengan mama..tapi buat masa ni susah sikit sayang. Mama rasa mama boleh adjust hidup mama kalau Adib stay dengan mama. Mama sanggup bangun bangun pukul 3-4 pagi to make sure segala keperluan Adib & Wan tersedia sebelum mama pegi keje. Tapi mama rasa Wan not ready untuk hidup macam biasa. Not ready untuk tinggalkan kampung. Sabar lah sayang, sikit masa lagik pasti Adib dapat tinggal sama2 dengan mama & papa.
Sayang,
Mama tau mama bukan mak yg baik. Mama pentingkan diri. and mama sangat2 menyesal sekarang bila tak dapat susukan Adib for atleast 6 month. mama terpaksa bagik Adib susu formula dan sudahnya sekarang Adib dah mula tak sihat.
Adib duduk sana baik2 ok, sihat2 selalu. jangan susahkan wan. Mama kat sini doakan yg terbaik untuk Adib.
Posted at 08:34 am by trex07
Permalink
Friday, September 26, 2008
.: I'm Not Wonder Woman :.

Aku bukan wonder womanmu Yang bisa terus menahan Rasa sakit karena mencintaimu
Hatiku ini bukanlah hati Yang tercipta dari besi dan baja Hatiku ini bisa remuk dan hancur
.: I'm Not Wonder Woman :.
Posted at 02:15 pm by trex07
Permalink
Wednesday, September 24, 2008
Hi guys!
Adik baru jer hantar msg which is actually Adib's voice. All this while, every night Adik akan send mms pic Adib to me. Ye lah, dah lah kami ni berjauhan, of course aku akan terlepas semua detik2 pembesaran & perkembangan Adib.
Berbalik pada voice msg tadi. Adik record suara Adib yg tengah menangis nakkan my susu. Alahaiiiii..sedih giler bila dengar dia nangis2 sambil sebut "Nen". Haaa..jgn tak tau, my boy tu kan sometimes boleh bercakap tauu. Sebelum ni dia bpernah sebut "baba" & "tu tu wan" (ni aku rasa dia nak sebut Uwan)..hahahaha. Tapi dia cakap dlam tido jer lah. Kalau dalam keadaan sedar tu, yang selalu keluar dari mulut dia "hungga" or "hongge".
Bulan puasa ni pengeluaran susu amat amat lah sedikit. Mmg salah aku sebenarnya, sbb aku x minum banyak2. Tapi pas raya nanti, i will paksa myself utk makan & minum banyak2. No diet2 okey...... After Adib dah x minum my susu, baru lah aku memutuskan utk diet abis-abisan. errrr..jgn time tu dah ada no 2 sudah...hahahahhahaha
Wopsss...just received mms from Adik, pic Adib yg merajuk...huhuhuhu
Posted at 09:09 pm by trex07
Permalink
Wednesday, September 17, 2008
Last friday kami anak beranak (wahhh skrg dah boleh guna word nih) balik Besut. First time Adib mamanya juga naik flight. Mula2 Adib sangat baik...dia rileks tanpa byk ragam. Tapi bila dah nak boarding dia mula bosan dan buat perangai. Panik lah jugak mama & papanya..huhuhuh.
Pic ms sblm dia boring
Rasanya Adib dan papanya happy giler balik sana. Cuma dia tak dapat tido lena siang2 sebab abang2 sepupu sibuk main ultraman dengan suara yg kuat. Bila tak cukup tido mula laa mengamuk2 sampai mama rasa nak nangis...hahahaha.
Haa satu lagi, Adib skrg dah pandai menyarap. Asal letak jer dia kat tilam, mula lah dia mengiring2 pastu menyarap. Mama cuma kena tolong betulkan tangan kanan dia aje, sbb dia tak pandai nak letakkan tangan dia betul2 bila menyarap.
dengan susah payah, akhirnya berjaya juga..yeayyy
"anakku...muncung mulut tu kaver sikit sayang' ihiks
Posted at 03:17 pm by trex07
Permalink
Saturday, August 30, 2008
Khamis - 280808
Hari ni Adib ada appointment untuk injection for 3 bulan. Actually dia belum lagi genap 3 bln, tp sbbkan klinik kanak2 tu cuma hari khamis, maka diawalkan imunisasi utk Adib. Dari sampai klinik sampai siap timbang, dia sangat-sangat okey. tak meragam, tak nangis....(bagus betul anak mama)
berat Adib cuma naik 0.4 kg saje. Me & hubby dah risau sbb berat
dia x naik banyak. (no wonder Adib x nampak besar).
but according to nurse, asalkan naik dah kira baik. kalau menurun baru kena refer dgn doktor.
Pic Adib nak kena bogelss masa nak timbang.
Ni pulak masa tgh tgu turn jumpa nurse (Abaikan hidung pesek ku itu..ihiks)Tapi bila dah masuk bilik suntikan, Adib start meragam. Macam tau2 jer nak kena injek. Nurse suruh aku pegang Adib kuat2, but i'm not very confident sbb kang dibuatnya Adib meronta2, then aku terlepas...naya jer.
Nak suruh hubby, dia kat farmasi pulak... so nak tak nak kena pegang jugak lah Adib.
Dalam merengek2 tu, bila nurse masukkan ubat dalau mulut dia tetiba muka dia bertukarrrrr merah padam. Maybe ubat tak sedap kot. Adib pun dah start2 menangis sikit2. Tapi bila masuk jer jarum injection kat peha dia tiba-tiba dia meraung kuat2.
Papa dia yg kat farmasi pun boleh dengar...huhuhuhu
Sayangnya time dia kena cucuk tu x dapat snap gambar.
Posted at 12:10 pm by trex07
Permalink
Tuesday, August 26, 2008
.: Adib, My Life My SouL :.
Rasanya aku blom cerita lagik detik-detik kelahiran Adib kan? Here we go...
030608 - 0300 a.m
perut aku sakit. pusing kiri pusing kanan tak boleh tido. rasa nak buang air pun ada. pegi toilet, tgk bleeding sket. bangun kejutkan incik asben. (blur abih muka dia time nih). pastu kejutkan mak. siap2 pegi hospital serdang.
sampai hospital, doc check baru bukak 1 cm. Aikkk...baru 1? tapi time dia seluk tu mmg sakit. Seriussssssssss. Doc suruh balik dulu. Aku pun balik lah sambung tido.
030608 - 10.00 - 12.00
Terjaga dari tido sbb contraction lagik. Tapi sbb aku rasa aku still boleh tahan, so aku berguling-guling atas katil jer. Mak ngan incik asben pun dah berbuih mulut ajak aku pi Hospital. tapi aku tak nak, sbb aku bleh agak nanti sure doktor suruh aku balik umah balik.
dalam sakit-sakit tu sempat jugak aku lunch hehehe. lepas makan aku pi spital lagik sbb sakit makin kuat. tapi seperti tadik, doktor suruh aku balik sebab jalan masih lagik 1 cm. doktor suruh aku datang lepas air ketuban pecah. adoiiyaiiii...
cuba korang imagine, korang dah lah sakit giler pastu nak kena naik turun tangga 4 tingkat. time tu nak ajer aku suruh incik asben dukung aku. tapi mengenangkan berat aku melebihi berat dia, terpaksa lah pendam perasaan jer. kang mau patah pulang tulang belikat laki aku...ihiks
balik umah sambung tido sambil tertonggeng2 tahan sakit. saat ni baru terasa betapa besarnya pengorbanan mak. uhuk..uhuk (sayang mak).
030608 - 4.30p.m.
kali ni mmg sakit makin kerap. selang 5 minit terasa sakit yang amat. sekali lagi pergi hospital. dalam perjalanan tu terasa mcm nak terberanak dah. incik asben drive mcm jalan raya tu dia yang punya. sampai hospital doc check dah bukak 2 cm. terus dia tahan aku.
then nurse pasangkan wayar2 kat perut aku untuk check jantung baby. owhhh masa ni ko rasa nak cabut benda tu. bukannya apa, dah la kita ni sakit yg amat, nak menunggu result jantung tu punya laa lama. aku rasa dalam sejam lebih kot aku menahan sakit kat situ. lepas tu doktor injek ubat untuk bagi terberak. tak sampai 5 minit, korang akan terberak dengan sendirinya..ihiks.
sebabkan menanggung sakit yg amat, aku mintak pada nurse tu utk panggilkan incik asben. sepatutnya tak boleh, tp maybe dia kesiankan aku, dia panggilkan jugak. time tu aku mmg dah menangis2 dah mengadu kat incik asben yg aku rasa sakit sangat-sangat. sebelum dia keluar, sempat aku mintak maaf kat dia. (aku tau aku byk dosa ngan dia)
dalam 8.30 malam, jalan dah buka dalam 6 cm. aku ditolak masuk ke labour room. aku dinasihatkan supaya sedut oksigen kalau terasa sakit. so that time takde lah rasa seksa sangat. nurse2 tu kata kalau rasa mcm nak berak, teran aje. bila nurse check jalan skali lagik, dah buka 10cm. terus lah incik asben dipanggil masuk ke dalam labour room.
setelah berhempas pulas meneran selama lebih 1/2 jam, pada jam 11.03 malam akhirnya berjaya juga aku melahirkan zuriat kami itu. Saat tu memang aku nangis sungguh2. segala rasa sakit bersalin hilang begitu saja bila aku memegang dia. Subhanallah....
Kami sepakat menamakan dia Adib Izz Zikry yang membawa maksud Adib = Pujangga / Beradab, Izz = Kekuatan, Zikry = Yang kuat berzikir.
Semoga dia menjadik anak Papa dan Mama yang soleh. Amin.......

Ni pic selepas beberapa jam dia lahir. Comei kan? mcm Mamanya...ekekekekekek
.: Adib, My Life My SouL :.
Posted at 09:04 am by trex07
Permalink
Friday, August 08, 2008
Malam tadi aku mimpi hubby kawen lagik 1. Pastu siap berebut hak penjagaan Adib. Apa maksudnya ek??
Ada nujum pak belalang tak kat sini? ihikss
Posted at 10:24 am by trex07
Permalink
Thursday, August 07, 2008
Semalam lepas keje, kami laki bini rush balik Pilah untuk hantar susu Adib. Actually kami mmg dah spare susu formula utk dia, tp mak kata malam2 dia tamau minum susu lembu. Dia nak susu original. nasib baik kampung dekat....
sampai jer umah, tgk dia baru tido. lepas mandi2 & semayang, tanpa berlengah lagik kami terus kacau dia tido. terencat tido anak aku ...ekekekkke. selesai menyusu, dia tido kejap. baru jer aku bangun nak pi makan, dia dah jaga balik. terus aku pass kat hubby suh dodoikan. (note: sekarang, kami terpaksa makan ikut turn)
arini kami dua2 EL half day. plannya nak bawak Adib gi klinik sbb mak kata aritu dia nampak pucat. tp tak jadi sbb dia nampak ok sesangat. mebi aritu pucat sebab 2 hari dia tido2 ayam. almaklumlah 2 bulan berkepit dengan aku, tetiba tido ngan wan. feeling tu larik...ekekekke.
on the way balik KL, kami diskas2 psl blk kg. So kami decide, buat permulaan kami akan balik every Rabu & Jumaat. nanti bila dah agak ok baru lah balik seminggu skali jer. so buat masa ni budget kami berdua mmg larikkkkkkkkkk giler. dengan duit minyak, tol, makan...ufffffff. (bila minyak nak turun harga nih???)

Note: Gambo sengih2 masa tido. mengigau kot...ekekeke
Posted at 06:34 pm by trex07
Permalink
Tuesday, August 05, 2008
Baru jer dapat new handphone from him yesterday. Tak tau lah hadiah sebab lahirkan Adib utk dia atau sempena aku nak naik keje. ihiks

Terima kasih hubby!!!
Posted at 09:15 am by trex07
Permalink
Don't buy Vista Security
|